Menjaga dan melindungi keselamatan harta benda majikan dan mengadakan kawalan keselamatan 24 jam di kawasan kilang.
Membuat tapisan keselamatan ringkas terhadap pelawat dan kontraktor.
Membuat rondaan, bit dan kawalan statik.
Mencegah kesalahan jenayah.
Mengesan dan menangkap pesalah.
Lain-lain tugas yang diberikan oleh pihak atasan dari masa ke semasa.
SYARAT KELAYAKAN: -
Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 35 tahun.
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya. Dengan syarat:-
Calon yang menduduki SPM pada tahun 1998 dan sebelum, perlu LULUS mata pelajaran Bahasa Melayu dan dapat mengemukakan sijil SPM.
Calon yang menduduki SPM mulai tahun 1999 di bawah sistem terbuka, perlu LULUS sekurang-kurangnya lima (5) mata pelajaran termasuk LULUS Bahasa Melayu.
Calon yang menduduki SPM mulai tahun 2013 di bawah sistem terbuka, LULUS sekurang-kurangnya lima (5) mata pelajaran termasuk LULUS Bahasa Melayu dan Sejarah.
Tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah dan lulus tapisan keselamatan.
Ketinggian minimum (tidak berkasut) : 165cm (L), 155cm (P).
Berat badan minimum : 55kg (L), 45kg (P).
Ukuran dada : Sekurang-kurangnya 81cm (biasa) dan 86cm semasa menarik nafas (L sahaja).
Penglihatan : Lulus ujian penglihatan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens).
Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
Diakui sihat oleh pegawai perubatan termasuk pemeriksaan X-ray.
Wajib menjalani Kursus Asas Latihan Polis Bantuan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) selama 9 minggu.